Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 28 July 2011

Hampir Tamat

Alhamdulillah. saya semakin sehat. dilanda demam teruk sehingga Suami terpakse cuti untuk jage Isteri dia. sekarang demam dah suam2. batuk2 pon begitu. harapnye sebelum puase badan sihat sepenuhnye. ujian nak pulih dari mabok sepenuhnye kot. saje la dikasi sakit teruk habis habisan sebelum tamat mabok mengandung. akhirnye, graduate dari mabok! yeah! next week berazam nak datang fakulti macam biase. ya. berharaplah ye!

Wednesday, 20 July 2011

Tabah dengan 3 Penyakit

demam sejak Sabtu. dan maseh lagi.
batuk sejak Isnin. dan makin kuat.
anemia sejak awal bulan. dan tidak sedar pon.

3 penyakit ini sedang melanda saya serentak. demam buat saya letih badan. batuk buat saya perit tekak. anemia buat saya mudah pitam. dan paling kesian tentulah budak ini. setiap kali batuk2 terpakse tahan bahagian bawah perut, bimbang dia melorot ke.. atau konon2 macam nak tenangkan dia sewaktu 'gegaran' berlaku. baru berniat nak makan derian weekend neh. tapi kalau maseh macam ini lagi, macam harapan ajelah! haihhhh~

Friday, 15 July 2011

Jadual Weekends

pertengahan Julai - awal Ogos.

16-17hb: balik kampung Selangor. ngurutan.
23-24hb: balik kampung Johor. melantaks durian.
29-01hb: balik kampung Selangor. tahlil n doa selamat.

ni la adat orang dah kawen. weekend sudah tak punye masa mau joli2 dengan kawan2. apetah lagi dating2 dengan Suami. aktiviti kekeluargaan diutamakan. jadi? mau rase menyesalkah telah mengkahwinkan diri? eh. tidak jugak. keluarga sudah lama diabaikan semasa zaman bujangnye. maka, peluang berkawen ini diambil sirius untuk kerap balik kampung (yang nun jauh). malahnye lagi mudah sebab berdua ke sana sini rase lebih seronok. yeay!

Thursday, 7 July 2011

Bukan malas nak update

tapi....

1) malas nak online. nak tekan suis on pc pon rase macam keras jari.
2) takde latest picture. macam tak senronok update tanpa gambo.
3) kefeninan menyebabkan susah nak taip. nak tekan B tertekan N. 
4) sik ada ape yang baru. ulang2 aduan pasal preggy. boring ah.
5) Suami control pc di malam2 hari? ya. mungkin..(alasan. hiks)

yeah! akhirnye berjaya update sesuatu! tepuk. tepuk. tepuk.

Monday, 4 July 2011

Pasrah

1) Suami demam sejak Sabtu. Ahad maseh tak kebah. pagi ini baru nampak macam sehat sikit. gagahkan diri pegi kerja. sejak kawen ini pertama kali Suami sakit. rase macam patah semangat jugak tengok dia macam tuh. cepat baik ye, Suami!

2) mengurut kali kedua. maseh sama. belakang badan maseh sakit sebab bahagian penting tak dapat diurut. harus tanggung sakit ini sampai bersalin. pagi2 start jam 4 pagi suda boleh rase sakit. guling2 pelbagai arah memang serba tak kene. nak menangis pon buat membazir air mata saje. menjelang petang baru kurang. pasrah sangat2.

3) ini lagi lah. memang pasrah habes. rahim sudah jatuh lagi sekali. anak asik mau melorot ke bawah. kene belajar mengurut sendiri supaya dapat naikkan dia sebelum dia start membesar. kalau tak, susah saya nanti. tak boleh aktif2 sangat. kene duduk diam saje. naik tangga pon kene perlahan2. saya sangat susah hati.... T_T.