ya Allah! aku marah betul la dengan kije SKS neh. hari2 nak suroh aku datang fakulti, abes tu bilenye aku nak buat labwork? Puncak Alam dah dekat 2 minggu tak datang. nak melayan SKS hari2. ble aku soh jmpe hari yang sama tak mau.
"Saya free Khamis je".
"Tak boleh, saya nak hantar pagi Rabu jugak!".
"Saya nak data tu Isnin petang ye!".
"Boleh datang tak pagi Selasa?".
"Jumaat bleh datang amek data?".
ok. fine. kalau memang janji pagi tepat2 takpe. kang aku dah sampai fakulti jam 9.00am, tetibe:
"Sorry, saya on d way. boleh tunggu 20 minit?".
"Saya tengah breakfast, kul 10.30 datang".
"Kejap ye dik, akak tak carik lagi datanye".
"Tunggu, saya g photostat kejap".
fed-up la aku macam neh. punye la aku jage timing, punctual ikut yang diaorang janji, alih2 suke suki diaorang jek nak soh aku tunggu. kang aku geram yang time aku tunggu tuh aku claim sekali baru tau. sungguh2 buat aku macam kuli, kalau tak pasal gaji, dah lama aku brenti. eceh. berirama la pulak! duhhhh... banyak2 sabo je la.

No comments:
Post a Comment