Daisypath Anniversary tickers

Friday, 2 December 2011

Notes Tanda-tanda Nak Bersalin (untuk diri sendiri)

nak buat notes untuk rujukan mase depan. boleh jadik jugak tanda2 awal bersalin. akan di update sentiasa sampai waktu bersalin nanti.

32 weeks: berjalan cepat penat. berdiri lama pon tak tahan. g toilet setiap 1-2 jam.
33 weeks: start sakit bahagian ari2. tapi sikit2 jek, tak kuat sangat.
34 weeks: dah mule sakit kuat kat ari2. mengiring ke kiri atau ke kanan mesti mengerang. mase bangun dari duduk pon same. melangkah apetah lagi. setiap langkah bahagian ari2 rase lenguh amat2. da tak larat nak bersoping waktu2 macam neh.
35 weeks: rahim dah turun 2 jari jarak dari breast ke pangkal rahim (Kak Zu cakap klu 3 jari means da nak bersalin dah). klu duduk lama kat lantai, bangun mesti nak berpapah, pegang dinding ke hape ke. ari2 maseh macam tuh. sakit!
36 weeks: same lah. cam 35 weeks jugak. menyapu satu bilik jek pon da semput. hnsss.
37 weeks: duhhh... tido malam yang tiada kualiti. mesti tuka2 posisi, iring ke kiri ke kanan setiap setengah jam sebab pinggul rase sakit klu statik jek. nak terlentang lagi lah sakit. Danish da beso neh, rase beratnye tuh. klu berjalan setiap kali melangkah, mesti sakit kat bawah tuh. owh ya. tambahan. contraction Braxton Hicks tuh makin kerap da kuat!
38 weeks: sakit bawah ari2 berjangkit ke bahagian atas sket. kt bahagian perut yg ade crack2 tuh. nak jalan kengkadang kene tampung perut sebab sakit kat situ. dan berjalan dengan penoh kedek2. badan sehat, selera ade, tapi sakit sane sini tuh yang buat tak lalu nak buat pape kije lama2. 5 minit buat, 30 minit rehat! hnsss.... baby kurang gerak. asik kene kejut jek tiap2 sejam dua, bru la dia kick sket2. klu duduk lama2 tulang pinggul rase sakit. lemak tebal kat punggung macam tak membantu dah. rase macam duduk atas tulang!


p/s: sila view topic KRONOLOGI BERSALIN klu nak bace tanda2 yang lagi tepat ye.... saya update details sket kat situ dari contraction pertama sampai la selamat bersalin.

No comments: