Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 10 July 2012

Danish versus Food

Jumaat lepas pulang ke kampung Mertua. dan buat pertama kalinye balik mase Danish sudah boleh makan. dan malam2 hari lepas sampai darah saya naik tinggi. ingat Mertua bertiga bawa anak ke dapur untuk main2. saya syokk la tengok tv kt depan. sekali jengah ke dapur tengok syok mereka menyumbat biskut manes ke mulut budak tuh. membara jugak lah jiwa raga. jeling2 Suami, dia terus bg arahan buat oat cepat bagi Danish makan sebab dia lapar. oat kurma, penyelamat malam tuh. sib baik saya dah blend siap2 jadik serbuk, so just tambah air panas, cepat jek dia masak. selamat.....

untuk malam tu jek la. esok sekali lagi huru hara Mama Danish. pepagi buta dah disumbat biskut manes... lagi sekali?... siap cakap, "Suke dia makan...". Mak..... mane2 baby pon kasik la ape2 kat mulut sume dia ngap! lagi la biskut manes2.... perasaan mase tuh macam nak meletop. dah la bubur tak start masak lagi. mase nak buat bubur pon Mak dah sibuk nak bubuh ikan bilis... saya cakap, "No tu ikan bilis....". Mak macam dah nak marah sebab takkan makan bubur kosong. dia nak jugak buat bubur ikan bilis. ble saya cakap nak buat bubur sayur sahaja, terus Mak diam. terkejut la kot instead nak bagi makan ikan bilis, saya bagi lagi prefer choice, bagi anak makan sayur. terus dia support, "Ko nak sayur ape?". perghhh... lega. wajib lah Mak support, menantu dia ajar cucu dia makan sayur kecik2 lagi.... tentulah dia rase itu pilihan yang mengejutkan but at the same time tersangat la bagus kan. see... Emak. tak rugi kan bermenantukan saya.... hehe.

saya jugak mengajar Emak, instead of bagi ikan bilis, why not bagi ikan fresh. saya soh Mak korek sket isi ikan yang putih and masuk dalam bubur bayam tuh. yeah. Emak setuju. walaupon nampak macam cerewet tapi at least Emak sudi hendak belajar cara saya sediakan makan untuk anak. cume Emak kadang2 tak faham kenape saya tak bagi Danish makan biskut manes. nanti lah pelan2 saya explain. yang penting the next day (Ahad) saya keluar pagi dengan Suami, balik2 jam sepuluh dah siap dah bubur bayam-carrot-ikan Danish. without salt. bagus la Emak. harap2 lepas ni Emak sudi la nak dengar banyak lagi bende2 baru pasal solid food dan at the same time belajar untuk implement untuk semua bakal2 cucu dia.... InsyaAllah. 


notes: Emak di sini bermaksud untuk dua Emak sahaja. yang lagi sorang Emak tuh maseh la tanak terima homemade solid food dan sesuke hati dia cicahkan biskut manes dengan kuah minyak untuk Danish makan.... dem. susah jugak ade tiga Emak neh..... T_T. sabo je la.

No comments: