Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 25 September 2012

Aktiviti Malam Hari

owh. saya dah tak boleh bersabar lagi dengan rumah ini. cepat la packing2 barang dan pindah.... nescaya rumah baru nanti saya akan pastikan ciri2 keselamatan ditahap paling tip top sekali.

owh. tak..tak.. takde kejadian pecah rumah berlaku. cume kejadian anak bangun kul 2 pagi dan merangkak ke hulur ke hilir bermain dengan bola dan kadang2 kipas, dan kadang2 plug, dan kadang2 video player sementara kedua ibubapanye sangat la sedap membongkang sehingga tetibe ade bunyik "prangggggggg!", dan terduduk la kedua ibubapa tersebut sambil menjerit "Danishhhhhhh", dan dikala itu mungkin bakul mainan sudah terbalik, atau kipas sudah tergolek, atau bekas bedak sudah bertaburan, atau botol air sudah tertumpah..... T_T. ya. kami tido di ruang tamu beralaskan toto dan tilam lipat sebab dengan skill yang dia ade sekarang sangat la bahaya nak tido di atas katil. cukup la dia penah jatuh sekali, which bukan setakat dia yang menanges, dengan Mama dia sekali menanges sebab sedih tak jage dia betul2. 

adeh anak. tu belum masuk kul 3 pagi jam orang sedap tido dia excited nak training berdiri? maka badan kami Suami Isteri la yang jadik port panjat dan tentulah Suami paling hebat sebab langsung tak sedar anak dia tengah buat upacara memanjat, siap boleh menyiku anak dia lagi dan terus sambung dengkur? haihhh. sedangkan saya, anak baru nak mule step memanjat dah terus tersedar dan pasrah aje la dengan kelakuan dia, lepas tu bangun bancuh susu dan suruh budak rajin berlatih itu tidur. dan bile dia dah lena saya la pulak yang terkebil2 nak lelap... adeh. macam ini barulah nak terkenang jase Mak Abah yang puas la bela 6 orang anak. saya baru satu, 4 lagi akan datang.... kuruslah saya sampai umur 40 nanti. T_T.


No comments: