Daisypath Anniversary tickers

Monday, 21 October 2013

Kembali lagi entah ke berape kali daaa...

My Boys
Phewww... setelah dua hari naik lab suddenly senyap sunyi selama dua minggu. Ini semua gara2 anak2 sakit. Abang demam teruk sampai melepek taknak main, maka terpakse la Mama jage. Belum sempat Abang baik Adek pulak sakit kuat jugak, demam temperature 38-40deg dari hari Rabu sampai Jumaat, siang malam panas kuat. Mama jugak yang jaga. Abah tolong on Thursday and Friday bile Mama mengadu Mama sampai tak boleh nak masak or nak mandi or nak kemas umah or nak gerak mase jage Adek. Ragam dia demam lagi haru dari Abang. tak boleh duduk, kene dukung. Tak mau baring, kene pegang. Menyusu taknak lepas, kene bagi je sampai dia lepas sendiri. Even dah tertido pon taknak lepas jugak. Kalau cabut nescaya celik la mata dia dan meraung la dia sekuat2 alam.

On Saturday tengahari keluar sikit rashes tapi ingat ruam biase sebab suhu badan yang sangat panas. Terpakse hantar ke taska sebab Mak Lang datang dari Johor minta hantar ke LCCT. Petang amek Adek badan penuh rashes, kat sendi2, kat pelipat2... pegi klinik Doc cakap measles. Maka berkuarantin la Adek lagi seminggu dengan Mama dekat rumah. 

Hari ni even masih berbaki rase penat saya gagahkan jugak datang lab. Mata ngantok yang amat sangat neh. Tadi drive pon macam nak terlelap dibuatnye. Semoga badan terus kuat lah nak membesarkan anak2 dan bakal anak2 yang entah bile lagi akan ade. Ahai. Baru beranak dua dah rase macam badan orang tua! Uhuk uhuk uhuk...

No comments: