Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 14 September 2011

Notes untuk Saya

ok. dah jumpe pakar pemakanan pagi tadi. ape yang menyebabkan anemia pada saya? kesimpulannye, kurang makan protein dan salah makan ubat! jadik, recall balik ape yang doktor bebelkan:

1) pelis gandakan intake protein. ikan bilis, kerang, sardin, daging, telur, etc (saya malas makan, jadik kurang protein dalam badan).

2) hati ayam / lembu tak digalakkan makan walau untuk increase darah sebab ia ade kandungan Vitamin A yang tinggi dan tak bagus untuk ibu2 hamil... ia boleh menyebabkan keracunan dan perkembangan buruk kepada fetus. selain itu hati merupakan sumber salmonella yang boleh menyebabkan cirit birit. <---terima kasih pakcik Google!

3) tablet iron makan 2 jam jarak dengan tablet calcium / susu (which sebelum neh saya tala jek semua ke tekak sekali telan. salah da....). calcium tak bleh makan sekali ngan iron sebab calcium memperlahankan penyerapan zat besi.

4) jangan minum susu mase amek heavy meal (lunch n dinner) sebab dia boleh reducekan kadar penyerapan iron + zat besi dalam meal tuh. <---sama konsep dengan no.3.

5) teh/kopi/nescafe: jangan minum dah! kalau nak jugak, minum waktu petang, bukan mase heavy meal. kopi dan nescafe sebab cafein boleh mengurangkan peyerapan calsium. teh sebab menghalang penyerapan zat besi.

tambahan:
takde rules khusus bahawa ble preggy maka wajiblah minum susu khas untuk preggy. tak. tak. bak kate doktor, minum je la ape2 sumber susu janji bukan yang susu pekat manes tuh. nak makan tablet calcium pon takde hal lah (khas untuk mereka2 yang tak lalu minum susu macam saya lah tuh!).

2 comments:

SegaLanya Saya said...

woww sungguh brgune neh di mase2 hadapan..

Suami/Isteri said...

ye cik izza.... bakal neh, taun depan.... hehe...