Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 6 September 2011

Update Bergambo Raya yang tak rasmi

update raya tak semestinye kene bergambo berdua pakai baju santek2 dan duduk posing molek2 Suami Isteri. begini pon boleh kan, janji raya. 

tu dia Suami terlantar penat. tau tak, saya happy Suami beraktiviti begitu pada mase yg sesuai. sejak balik Mersing Suami tak menang tangan tolong saya dan family. bermula dengan bawak adik2 pegi soping, baiki lampu bilik air, buat ketupat, cabut bulu ayam, basuh kete abah, kemas umah. langsung takde adegan 'pengsan di siang hari dan bangun tepat2 pada waktu berbuka'. takde. takde. terharu lah ade Suami seikhlas ini. setiap aktiviti bukan lah arahan dari saya ye. tau2 je dia tengah buat. malah di pagi raya sewaktu kami adik beradik perempuan sibuk bersolek selama 2 jam di bilik atas, rupenye Suami lah yang membantu Emak di dapur sebab ade tetamu Abah datang dan jugak budak2 kecik beraya. TERIMA KASIH Suami!

dan ape pulak kene mengenanye dengan gamba saya sedang tunduk itu? owh... saje la tayang gaya shawl raya bak rambut panjang mengurai ditiup angin. setiap tahun wajib lah saya menukar gaya pesen shawl sebab adik2 pasti akan ulang cetak gaya saya tahun ini untuk diguna pakai pada tahun hadapan. kalau tak tukar stail maka akan tersama la gaya kami adik beradik kerana sesungguhnye pembawa gaya baru shawl di dalam keluarga wajiblah saya jugak. grrrrr... mereka neh meniru saja. penat tau saya study dari youtube! sekarang kerja menggayakan shawl makin bertambah bile kakak ke-2 jugak sudah mule melaram shawl sejak tengok adik2 dia santek bershawl. maka tahun depan akan bertambah gigih la saya meng'youtube' 'cara2 menggayakan shawl' demi adik beradik... haihhhhh.... tak apelah. setahun sekali saje! weeeee~

No comments: