maraton kesedihan yang sudah bermula walaupon tiketnye belum confirm lagi. entah kenape pagi2 hari dah mule rase sebak. weekend neh last weekend untuk beramah mesra Suami Isteri dan anak beranak sebelum Suami dijadualkan ke Swiss lagi. belum pegi dah sedih dengan harapan mase pegi tak berape nak sedih sangat sebab air mata dah kering tertumpah seminggu lebih awal? mungkin. tidak. T_T. tak boleh nak imagine kalau Suami takde disisi lagi sekali.
siapa nak tolong tidokan Danish di saat 11.00pm Mama dah ngantok dan dia maseh nak berjage?
siapa nak tolong Mama masak sewaktu Mama kelaparan sedangkan Danish sibuk nak bergayut selama yang boleh?
siapa nak tukarkan lampin ble Danish memerut di pagi hari dan Mama keletihan sebab berjaga malam berkali2?
siapa yang boleh tolong lipatkan baju di saat Mama kepenatan mengemas rumah dan melayan Danish seharian?
siape nak mandikan Danish di waktu Mama sedang berkelam kelibut dengan periuk kuali di dapur?
siapa nak tolong hantarkan Danish pegi school jam 8.00am ketika Mama sedang struggle kemas tilam dan nak masak breakfast?
siapa nak main dan jage Danish di hari weekend tatakala Mama amek keputusan untuk merehatkan tangan dari memegang Danish untuk hari tersebut?
siapa nak bantu angkat barang berat setiap kali shopping barang rumah yang berkilo2 tuh?
siapa nak selimutkan Mama malam2 bile sejuk dan Mama mengerekot sebab malas nak capai selimut?
siapa nak turunkan Danish dari buai bile Mama rase tak larat nak bangun dan amek dia?
siapa nak drive kereta bile mahu ke mane2 destinasi sedangkan Mama perlu memenuhi kehendak tekak Danish bile2 mase dia mau?
berape banyak soalan pon yang bermula dengan perkataan 'Siapa', jawapannye cume satu: Suami!
berganda lah tugas Mama next 2 weeks! T_T.

No comments:
Post a Comment