Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 17 May 2012

First Solid Food: Part 1 (Info)

saya sudah bersedia untuk memberikan anak saya makanan pejalnye yang pertama. tak. dia belum 6 bulan lagi. tapi takkan lah nak tunggu 6 bulan baru nak hegeh2 carik info kan. so, ini hanyelah persediaan ilmu sahaja. dan antara persediaan yang dibuat ialah list makanan yang dicadangkan mengikut katogeri:

buah2han:
pisang, pir, epal (bukan hijau), betik, apricot

sayur2an:
carrot, labu, kobis bunga, bayam

sayur berkanji:
kentang, keledek

yang tak boleh:
kekacang, dairy milk, red meat : alergi risk
telur (putih) : salmonella
citrus food


Suggestions:
1) bagi makan 4 hari berderet so kite leh tengok dia alergi ke tak dengan food tuh.
2) untuk ngetest bagi makan waktu pagi so incase ade alergi or kembung perut at least petang2 leh g klinik. klu bagi makan petang sakit perutnye malam kan susah nak handle.
3) boleh blend dan buat stock, simpan dalam fridge. takde la kelam kabut hari2 nak kene masak untuk baby.
4) rase tak penting, yang penting ialah texture... iaitu mestilah halus dan cair. takyah nak pikir2 kurang manis lah, kurang masin lah, dan lain2.


kalau ade tambahan senarai/info saya akan update kemudian. sumber? google jek 'makanan pertama bayi 6 bulan' dan akan ade banyak lagi blog emak2 kat luar sane yang bleh membantu. sekian.

No comments: