Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 9 May 2012

Ceramah Free untuk Adik itu

eleh. semalam kemain lagi cakap jangan masok campor. pagi neh kul 9.00am ketuk pintu pagar umah lagi nak tanye pendapat pulak. sian betul la aku tengok diaorang neh. nak tolong ape jek yang aku leh buat? paling2 jadik penasihat tak berbayar aje lah.

pagi tadi discuss: 
1. nak sambung kulinari start dari basic.
2. terus sambung part 5 dengan pointer yang 1.9 tuh.
3. tuka course computer.
4. kije!

dem. tak pasal2 berceramah saya dengan baju tido suar tido tapi tudung jek agak2 melaram sebab pakai shawl (capai dan sarung). 

option 1
suke ati la nak sambung dari basic tapi make sure kene excellent la. dah repeat balik sume subject dari awal takkan tak bley nak excellent kot! boley ka? (geleng2 kepala)

option 2
suke ati jugak. tapi make sure next semester pointer kene dekan or above sebab nak tarik cgpa jadik >2.00. hakikatnye dia tetap tak bley capai 2.70 incase nak sambung degree (agak2 jek, malas nak calculate). setakat lepas paras idung tapi nak dapat kije bagus macam kene bodek bos lebey sikit baru dapat. agak2 boleh tak nak dekan next sem? (geleng2 kepala sambil kepal2 tangan kanan)

option 3
nak amek sains computer sebab penah ade experience kije kat company computer dolu2 buat programming. so ini budak macam ade konpiden la nak buat programming pulak. suke ati ko la dik. try la mohon kalau lepas. eh. bukan ke dah failed tak bley tuka course? ummmm. dah tanye fakulti lom leh ke tuka course neh? (geleng2 kepala sambil kepal tangan kanan dan ditumbuk2kan ke tangan kiri)

option 4
blaja la dulu dik. zaman sekarang bukan senang nak idup dengan SPM jek lagi2 kat bandar ni unless ko pandai wat side job pape gune internet. kalau kau rajin la.... nak kije ke? (geleng2 kepala sambil pandang Emak kali ni tangan disorokkan ke belakang)

penutup: 
ikut awak la dik nak jadik ape. akak bagi pendapat based on experience akak ngan adik beradik ngan kawan2 akak jek. tapi ingat la dik, awak tu lelaki, camane pon besok2 dah kawen nak tanggung anak bini makan. kene la sungguh2 belajo and sungguh2 kije. takde nak main2 lagi dah. jangan la nak bazir2 mase lagi. dah continue ngan mane2 option buat aje la betul2 dik oiii. klu amek komputer besok ilmu kulinari jangan la dibazir macam tuh aje. sambil2 kije computer buat la side job bakar kueh ka, jual kek online ka....


dem. nasihatkan orang jek lebey, padahal diri sendiri belajo entah bile la nak abesnye.....T_T. sape2 please jadik kaunselor saya pulak! saya pon memerlukan motivation sekarang neh... T_T.

No comments: