Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Recipes. Show all posts
Showing posts with label Recipes. Show all posts

Thursday, 10 November 2011

Entry Makanan yang Riak

Nasi Ayam penoh kaseh sayang
dah warning dah di tajuk post. dengan riaknye nak bagitau berjaya masak Nasik Ayam! ahahaha. tak pernah buat seumur hidup, percayalah! hasil resepi di trymasak.my, carik resepi yang paling simple, dan ini hasilnye.

rase? NOT BAD lah. sirius. not bad. maksudnye idok le sedap sangat pon, tapi takde la sampai mencapai tahap bad. atau dalam erti kata lain: tak sedap macam The Chicken Rice Shop, tapi NOT that BAD...  paham tak neh?

tapi hidangan tak lengkap lah. sup nye orak eneng. kicapnye malas nak buat, pakai kicap Jalen sudey. ngeh3x. resepi wajib tulis neh. next time nak buat lagi leh review saje dari belog sendiri. huhu.

Bahan2 Nasik ayam:
dicincang:
bawang beso 1 ulas
bawang puteh 2 ulas
halia 1 inci

beras 1 pot setengah
daun pandan
ayam 4 ketul
sos tiram
bunga lawang 2
kayu manis 1
buah pelaga 2
kiub pati ayam 1/3
air 2 setengah cawan
serbuk kunyit 1/2 sudu
garam

Cara2 masak:

tumis 3 sekawan. pastu masukkan bahan2 yang dicincang tadi, tumis sampai naik bau. masukkan air, garam, ayam, serbuk kunyit ngan kuib pati ayam. reneh sampai ayam masak.

pastu kuarkan ayam, lumur ngan sos tiram. goreng deh. air rebusan tadi masuk dalam periuk nasik bersama beras yang da dibasuh, masak kan mereka di rice cooker ye. sekali dengan daun pandan, kasik wangi. wes... siap suda nasik ayam! sonang yo.



yang kuah cili dia google kat website lain.

Bahan2 Kuah Cili:

cili merah 4 batang
halia 1/2 inci
cuka 2 sudu
jus limau 1/2 biji
tomato 1/2 biji
bawang puteh 2 biji
gula sket
garam sket

Cara2:
blende aje semua. wes siap!


hoyeh! berjaya buat Nasik Ayam! lihat lah dunia!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, 1 June 2011

Menu Baru


berjaya memasak udang goreng madu-butter walaupon terpakse mengedit rase dia beberape kali gara2 terpicit madu lebih dan terover perah limau nipis. maka, saksikanlah resepinye supaya tak lupe kalau nak masak lagi next time:

"udang kering, bawang putih and bawang merah cincang halus. cili kering tumbuk. agak2 la nak banyak mane. tumis bahan2 neh sampai naik bau. masukkan daun kari ngan udang. tumis sampai udang separuh masak. then masukkan susu sejat, butter, madu dan black paper. ble udang da masak, perah limau nipis. yeay! siap!", kate Puan Senah. 

tak sangka da reti masak yang pelik2 cam neh. selalu ulang2 asam pedas, masak lemak, kari, sup, sambal, kicap, goreng2. haih....

Thursday, 14 April 2011

Kari Ikan Mabeles by Isteri

tadaaaa.... bukan senang tau nak berjaya masak macam ini. pertama kali berjaya masak kari ikan! percayalah. Suami pon setuju, sedap. hey. bukan senang jugak tau nak puji diri sendiri. rasenye ini KALI PERTAMA kot berjaya masak sedap. KALI PERTAMA. jadik, sila dengan bertahan dengan topic tak nak kalah saya itu.  horeyyy! terima kaseh kepada Sifu masakan saya, tunang Saufi.

mari jugak taip di sini, supaya next time saya boleh rujuk. manusia mudah lupe kan. 

Resepinye:

Set A: bawang putih mesti lebih, bawang merah sikit. hiriskan.
Set B: bawang putih wajib lebih, bawang merah sikit. cili secukup pedas. tumbuk lumat2.

Cara2: goreng Set A sampai dah nak masak, pastu masuk Set B. tak lama pastu masuk kari dengan rempah tumis. tumis sampai keluar minyak. wajib sampai keluar minyak! ini adalah rahsia kejayaan. paham! masuk asam, santan, ikan. siap!

next time Suami soh tuka ikan. ari tu pakai ikan kembong, macam spoil sket. tak meresap sangat. kuah je harap mabeles. ikan, rase macam ikan mati. hnsss.